Fiance to be - Part 1

Hello readers. Assalamualaikum semua.
Salam Jumaat, November 2015 13.

Berkurun lama kurahsiakan cintaku padamu.. Amboi kemain! Lama sangat tak berblogging woi! Last update kisah dapat result SPM. Kahkah. Banyak sangat cerita sepanjang harini. Nak cerita mana satu dulu? Hahaha nanti syhra cerita okay. Okay2 kita mulakan.

Dengan umur yang belasan kebudak anakan ini, semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa fikir engaged & married is a taget goals korang! yes or no? No? No no no no .. Kemon syhra perati lah dak2 belasan ni memasing gelabah nak ikat. Kahkah kau taktahu perit jerih nak pertahankan hubungan ni. Tapi syukur Alhamdulillah .. Syhra & Najib today. Syukur Allah.

SPM RESULT

Jengjengjeng... Sebenarnya malas nak menaip kerana hati sedang sakit. Tapi alang alang mengadap pc. Alhamdulillah. Result baik. Assalamualaikum :)

Mac 2014 already

Assalamualaikum.............................................................. Lama tak menaip. Rindu nak meluah rasa bicara. Bicara cinta, kata kawan mahu lawan. Meluah rasa iri hati serta busuk hati. Ups. Aku busuk hati? Wallahualam. Aku manusia yang paling kuat cemburu. Bukan cemburu, jenis aku. Apa aku nak, ITU AKU PUNYA. Aku tak suka berKONGSI. Nak I explain? Oke I explain ;) : I means macam ni. Why I berani cakap yang I takdak KAWAN BAIK? Alasan i kerana ................Kalau aku nak perempuan tu jadi kawan baik aku, aku taknak dia berkawan rapat dengan kawan perempuan lain. Sebab aku akan berkongsi apa segala cerita dekat kau. Tapi, tipu kalau kau takkan share my story with others right? No I DON'T LIKE! To Alisha Syuhada, you are my friend. Being so sweet with me. Kita menangis meluah rasa bicara sama2. Sikit2 aku tahu cerita hidup kau. Tapi kau kejap dengan org ni kejap org ni, suke tinggalkan aku. Hhaha aku BUKAN lesbian. Tapi itu AKU :)) To Cha Yeen and others yang pernah sebati dengan sejarah silam gwa. Gwa sayang lu orang yang cantik jelita muahmuah! Sama jugak dengan cinta. My love, Mohamad Najib Bin Yazid. AKU TAK SUKA BERKONGSI! Walaupun salah pompang pompang tu, tapi Najib jugak yang aku tinggalkan. Haha sayang janganlah layan diorang ea. ILOVEYOU MY BABY:* Imissyou ;( Wupssssssssss countdown 5days more. Result SPM 2013. Moga ada tempat kefgembiraan buatku. Ya Allah. Jika di langit kau turunkanlah. Jika dilaut kau timbulkanlah. Jika didarat kau munculkanlah. #PrayForMH370

Pengalaman

Pagi my blog. Entah terasa memang nk menaip.

Terasa lain dekat ayang bila dia gembira. Aku pun happy jugak. Takley bayangkan keadaan dia turun genting dengan kabus dengan sejuknya jam 1pagi.

Alhamdulillah aku bersyukur ya amat. Alhamdulillah. Aku cinta ayang!!! -28122013, ,5:22pm-

Nigmatlam

Malam kau bawalah rinduku untuk dirinya yang jauh dariku agar ku tidak kesepian selalu rasa ada cinta aku

Di sepi ini aku mencari sinar matamu keunggulan keindahan kernamu Akan ku simpulkan tangis ini membawaa harapan yang tenggelam Airmata berguguran menanti penantian yang kecundangan

Entah betul tidak lirik. Aku sekadar menaip. Sedang berada di talian masa ini, 10:48pm, kekasih hati, si jiwa hati.

Kau kekasih awal dan akhir kau kekasih batin dan zahir setelah ku sedari cintamu yang abadi Tak ku hairan tak ku peduli walau bulan jatuh ke bumi dan hadir bidadara tak ku impikan lagi..

Berdengkurlah wahai sayang. Aku ada mendengarnya. Pernah aku tersenyum dengan dengkuranmu dan berkata, ya sayang sudah tidur :) How i miss you so much for reality ayang ;(

Selamat malam sayang. Selamat malam kasih. Selamat malam sayang. . .

Im sitting SPM 2013

Assalamualaikum.. sekian lama meninggalkan dunia blogger. As a blogger. Kesian berhapuk lapuk sangat dah. Hampir 3 tahun juga aku mengenali dunia blogger ni.. tapi tak kesampaian. Banyak halangan, duri, onak dan cobaan. Wah. Actually, before this aku lebih kepada penulisan. Menggapai pena dan menulis apa yang ada dihatiku~ tapi minat tu dah terkubur. Kot. No more diary. Ok ok cerita lari dari tajuk. Ok ok we'r back to title.

Hello penduduk bumi umat Islam semuanya, salam Maal Hijrah, masih belum kelewatan rasanya. Haipp agungkan bahasa ibunda kita!!! Ceh, konon dah lepas payyper Bahasa Melayu, 6/11/13 kan :p I dah cuba semampu I. But, well cliche reason. People are not perfect. We are not perfect kan. Kan.

I ni tengah study sejarah sebenarnya, di sebabkan malas nak selak halaman buku teks, so google. Then tetibe muncul segala apps, ternampak blogger. Apa lagi, download ahh. My favourite oke. Gilekao!

Em. Wish to sayang, rehat dulu ye. Kesian anak bujang keseorangan. Em. Ayang. Sy rindu ayang. Sentiasa. Tabahlah ayang. Tabahlah saye. Tabahlah kite, kekasih. Aku merindukanmu..

Ok daa~ im gonna back to mentelaah. In sha Allah menaip lagi. Salam semua.

Salam Ramadhan 1434/2013

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.. Subhanallah Allah.. Okay untuk pengetahuan semua, kita pun dah tahu yang harini 13 Julai sudah 4 hari Ramadhan Dan malam ke 5 terawikh. Betol? Alhamdulillah. Okay. Apa yang syhra nak post sikit adalah... Sejak akhir akhir ni I always muhasabah diri. Samapai bila aku nak macamni? Esok taknak Ada perubahan ke? Sebulan Lebih je lagi trial. Then SPM. Then, next life? I should change. Pray for me. Ajari aku dengan nasihat teguran, tunjuk ajar. Bukan Hina caci Serta sindiran. Berikan aku peluang untuk Berubah, wahai masyarakat. Insya'Allah... Sayang semua! #snyahjriab #wanita #muslimah Amin......

Life 2013!

Hi. SPM Candidates. 
Good luck to my sayang, my girlfriends...
Semoga kita semua panjang umur, ilmu, perbuatan diberkati.
Syhra minta maaf salah silap. Sedekahkan al-Fatihah kalau Syhra dah takda..
Belajar rajin-rajin. Jadi wanita yang solehah, anak yang baik... 
Tak dapat nak sebarkan dakwah.. panjangkan umur Syhra..

Adik sayang ibu, ayah, abang, adik, sarol...
Shahira sayang ayang. Mohamad Najib bin Yazid. 

#SPM2013

Semua isi hatimu....

Kau katakan padaku
Betapa lelahnya dirimu menghadapi aku
Kau katakan padaku
Ingin kau mengakhiri semua ini
Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku Tak bisakah engkau cuba

Bukan berpisah!

Sayang. Kau kasar. Kau marah. Kau keras. Kau tak sayang dah. Kau lain. Kau tak bagi muka. Kau berubah. Semuanyaaaaaaaaaaa :'(

Indahnya cinta kita, yang tak inginku akhiri..... Aku tak pergi tinggalkan kau yangg :'(

Aku rindu ayang sangat sangat! Aku nak dengan ayang :'( Ayang tahu kan sakit aku berkurang kalau dengan ayang :'( Aku harap kau baca ayang..

Aku taknak dengan hp lagi. Ayang asik dengan kata hina maki caci ayang pada aku :'( Aku terpaksa mengadu dalam blog ni......... Ayang taknak jumpa aku.. Aku dengan sial dah sebati pada kau :'(

Zohor dah. Aku tak makan apa apa lagi. Harap kau dah makan. Aku tahu kau takkan tenang. Terpaksa :'(

ILOVEYOU IMISSYOU SO MUCH AYANG :')

"......seminggu"

Hi. Blog just changed. 27 December 2012 was today. Dia masih dengan kata-katanya. Aku tak mengalah. Aku tak bosan. Aku bersabar. Hina. Sabar. "ikot kepala kau sial" i'd remember. Ada jodoh ada.... Dugaan orang bercinta katanya :')

Aku jarang sakit. Aku susah sakit. Dalam setahun sekali sehari je kadang-kadang tak sakit pun... Tapi tahun ni betul-betul aku dapat sakit. Kerana cinta,airmata........

Kenapa Allah tak berikan kita kebahagiaan dunia ini kekal sampai kiamat? Kalau macamtu... Mesti semua manusia taknak mengalirkan airmata mengadu pada Allah kan..

Aku masih lalai. Aku masih belum sempurna. Aku mati pun aku tak aman. Banyak buat salah dengan orang,orang taknak ampunkan. Betapa sialnya diri ini :')

Seminggu lagi naik sekolah. Seminggu lagi calom SPM. Tak sampai seminggu :')

Kalaulah ajal aku seminggu lagi :')

Post random.

Hai readers sekalian! Dah lama tak jadi girl blogspot. Kalau ada laptop dulu, macam macam entry aku update.

Now nak cerita hidup cinta 2012... Hahaha forever cinta. Sorry kalau korang nyampah. Lantak korang. Oke. Lets!

Korang semua pun dah tahu yang Syhra forever Najib's kan... Dia banyak mengubah cara hidup ny life seriously! Kalau korang cintang-2 ni papa mama baby bagai, but Syhra dengan dia... Kitorang brutal banyak! Kan ayang ;-) Haa ayang tu je laa nama kitorang. Umm kalau ada gelaran comel-2 pun,tanakla bagitahu. Nanti korang tiru :-D *poyo much* Ehhhh dari mana nak cerita ni?!!

Okay nampak gambar tu sekalian.... Wikiwki. Gambar tu pada tarikh 14/1/2012 and my sayang botak sebab Junior ILP :-D dia nampak sangat kurus berbeza dengan badannya yang ala ala tough sekarang kan ;-) while Syhra yang dulunya bambam sekarang kecik dah :-D

Ok ok. Apa istimewanya Najib yang Syhra boleh kongsi selama 2 tahun Syhra kenal dia ialah....
#Dia bertanggungjawab! Really really much! Bertanggungjawab means for jaga aurat Syhra baik dalam luar rumah.. Always remember me for solat sampaikan Syhra pernah kena marah dengan Najib sebab liat bangun subuh. Tapi Alhamdulillah minta minta tak liat lagi.
#Najib yang 2 tahun dulu Syhra kenal tak macam sekarang. Dia berpendirian. Tegas. Always remembered me jangan menyesal belakang hari. Najib pak lawak Syhra okay sekarang. Dia seorang yang menghiburkan hati but sometimes menyakitkan hati :-D *sorry sayang*
#Sekali Najib menyesal, dia akan terus wake up dan usaha perbaiki kesilapannya untuk dapatkan uang terbaik. Susah susah dahulu. Pelan pelan kayuh kalau ayat rempitnya. Dia kental. Even dilukai sakit perit yang dia terima... Najib akan senyum :'( Bila ingat balik memories dengan dia selama 2 tahun ni.. Najib banyak mengalah. Dia banyak bersabar. Banyak!!!!

Tu je kot. Yang lain tak boleh bagitahu. Nanti aweks aweks tackle dia, meroyan jah!

*Sayang.. I know you read this. Sorry. Maaf aku sebab tiada hadiah tiada kad tiada kejutan untuk 2 tahun kita. Hm dengan perangai aku lagi. Macam ayang pernah bagitahu..
"Benda yang paling ringan adalah doa. Tadah tangan dan berdoalah." "Doa tanpa usaha bagaikan tiada apa" Kan sayang :-)

Apa lagi nak taip? Itu je kot. Semoga cinta kita,setia kita,pengorbanan ayang usaha kita,doa kita membuahkan hasil untuk kita sebagaimana target kita dalam kehidupan. Amin. InsyaAllah...

Forever I will always love you. Miss you. Need you. Fight with you. Be romantic. Laugh. Talk. Cared each other... InsyaAllah sayang.
#Gambar 14/1/2012 & 25/8/2012 :-* Dari ayang botak kurus tdkda janggut sekarang berisi ada rambut dan berjanggut :-D

Imbasan Cinta SNYAHJRIAB

Assalamualaikum wbt sidang akhbar sekalian. Eh? Wahaha maaf maaf xD
Salam untuk pembaca yang sudi membaca ceritera Syhra ini ._.

Blog ni pun dah lama terkubur layu, tidak disirami kata-kata, tidak ditaburi dengan keindahan-keindahan spt mana blogger lain lakukan ia. Almaklum, laptop rosak. Nak pinjam orang, segan la pulak ye idak. Ok ok tp bukan tu yang me nak kongsi....
Act I nak ceritakan kisah SNYAHJRIAB yang tanpa dirancang, tanpa dibayangkan, tanpa direka.. Alhamdulillah.. 2 tahun kini kami masih ada =)

Mungkin betol kata pepatah, Allah akan menemukan kita dengan orang yang salah sebelum kita bertemu dengan orang yang tepat. Syhra telah berkawan dgn kawan Mohamad Najib, dalam masa yang sama.. Najib telah jatuh hati kepada Syhra. Cinta facebook lah kononnye :p After 3 months.. Syhra break off dgn kawan dia tu dan mulalah miang masing-masing xD

Najib ni pemalu orangnya*yeke :p* Jenis Syhra ni budak lagi(14tahun), baru nak up, memang suka berKAWAN dengan lelaki kan.. So usha-usha la Najib, the dapat tegur-tegur dekat FB then satu malam tu, terdetik nak contact Najib. Single katekan :p

Thanks to Afiq Young sebab bagi kerjasama yang baik ;) act mase dah break after 3m tu, Afiq ni la jadi my geng texting.. Tp sekejap je la.. Ok ok Then dah dapat number, lincah kadok text him.. But, no answ. Time tu Najib SPM :) Afiq kata Najib ni memang tido awal orangnya....... So, pasrah dah :D
Pagi mungkin kot, he replied me^^ Mula texting dengan dia masa tu memang dah dapat tangkap sifat Najib yang straight, amarah.. Tapi Syhra chilled lek ten...(rileks tenang)

Haa macam tulah permulaan hubungan SN :) Kami tidak ada ikatan kawan, sebab Najib memang simpan perasaan in 3 months.. Kitorang contact by phone pun, Syhra dah mula miang nak usha Najib.. Najib pun bagi respon walaupun 8bulan dia single, katenye :)
It's happen on November 2010, just for a months we got to know each other even rarely contact.. Qada Qadar, Takdir Allah.. We decided to made a serious relationship on 12 December 2010 :)

Setelah sebulan lebih usha2 by phone, our first met was on 8 December 2010. Pertemuan yang tanpa dirancang, pertemuan pandang pertama, awhh i miss that moment so much ;(

Najib berbaju putih plain, fit body, guy, tough, w earphone... Petang dalam pukul 4 lebih. Najib w The Young baru masuk cs, while Eyaa, Kecik and I nak keluar dr CS tu, nak pegy Plaza Seni.. That time me wearing baju hitam, selipar, rambut ikat kot, w the cubby face.. I'm so cute thats time :p

Depan kedai gambar level bawah sekali in CS our place. Hihik. Me tersentak first time jumpa Najib, senyum macam Sarimah Ibrahim *Najib cakap*, me salam Najib, then bebual in 20seconds maybe, secara tak langsung, Najib hug my shoulder, then he asked me, "marah ea?" then bla bla.. I tgk The Young pun dah pandang semacam, then i let him go..
Part paling kelakar masa pertemuan pertama kami tu, Syhra menjerit "WOW" dekateskalator apabila berselisih dgn Najib and geng. Berdekak gila. Ahaha

Hari yang sama jugak, Syhra mainkan peranan untuk mendekati Najib^^ perigi cari timba tau. Kau ado? XD Ok ok sambung cerita cara Syhra usha Najib..

Syhra baru turun dr lepak atas Plaza Seni, keluar ikut tingkat 2, then Syhra menoleh ke kanan, Syhra terus nampak Najib!! Dia sorang. Dia sedang berdiri tegak berckp jarak jauh dgn The Young. Dalam kepala, dah macam2 dah nak cari alternatif supaya dapat jalan dgn dia, kebetulan hp takda kredit. So suruh Eyaa dgn Kecik tunggu dkt lua, alasan nak pegy topup jap *mamak, dlm Plaza Seni* dah topup tu, bejalan setapak setapak, konon nak terserempak sekali dengan Najib, sbb dia pun nak keluar dr Plaza Seni tu juga. Tuptup. Yes!!! Planned was great ;) dapat jalan sama Najib..*gembira*. Dah sampai luar Plaza Seni, usha lagi

Syhra: Nak gi mana je?
Najib: Jalan dalam je kot. Nak ikot?
Syhra:*sepantas kilat ckp nak* xD Then suruh Najib tunggu kejap, jumpa Eyaa dgn Kecik, pesan kt dorang, nak balik contact, my girls pun kerjasama baik.. :D

Afiq dengan Nazri dah jalan dulu dah, but Najib stayed waited for me._. So jalanlah dengan dia,senyum..ketawa..awh..rindu kita ayang :((

Itu pertemuan pertama.. How hubungan kami terjalin? ;)

12 December 2010, 12AM...


Baru habis kerja @ Pulai Springs Resort. Kepenatan yang amat. Masa tu jugak, kepala benjol and gaji short RM50..
Eyaa:Eh Shee, kau tahu Najib dah buat relation?
Syhra:*terkejut!!*Haa? Bila? Dengan perempuan mana!
Eyaa: Semalam petang kot. Entah. Aku tak ingatlah. Dengan 2 perempuan dia buat married.
Syhra:*hati dah punah ranah.lincah kadok text Najib*

Masa text Najib tu, wish lah tahniah dah ada gf kan. Tapi Najib menafikan ia. Malam tu jugak dalam tewt he said he love me :')
Buktinya..Najib mintak my passw email fb, katanya nak buat relation.. Syhra pun bagila.. Pada saat tu jugak, Shahyra Hanizan is married with Najib Young., ahaha, bahagia ku rasa disaat kita berdua bersama ^^)

Dan dari detik itulah bermulanya pengembaraan, jatuh bangun, setiap kenangan suka duka SNYAHJRIAB...,. Actually pada mulanya, Syhra tak pernah anggap hubungan ni sesuatu yang serious.. Tapi bagi Mohamad Najib, hubungan kami ini sangat istimewa dan berharga :')
Dan kini Aku mengerti, betapa berharganya setiap detik hubungan kami.. Sifat sabar Najib dgn mulut aku yang sangat celupar ni.. Alhamdulillah..
Macam-macam kami dah lalui. Berhujan di busstop, berhujan atas motor, berpisah, susah,senang,berjanji akan bertemu pada 11 Jun 2011, tetapi kami berpisah ketika itu.. fengan apa yang diaturkan Ilahi.. kami bertemu pada 13 Jun 2011.. and itu firsg meet Najib with my parents,......dan...segalanya..:-) Satu tahun lebih lagi untuk kami mendirikan masjid.. Jika diizinkan Allah..

Minta doa dari kalian. Minta tiada lagi yang ketiga. Minta kami mendapat rezeki,kejayaan, kebahagiaan, panjang umur, jodoh kami.. Begitu juga doa Syhra buat anda semua..:-)

Yeen Aidil, Eyka Haziq, Myy Zupa, Kecik Putra, Eyaa Faiz, Afiq Eylaa, Nazri Fatini, Wawa Mamat, Ika Zakwan,
sapa lagi.. Minta maaf kalau tak mention ye. Semoga korang pun sampai ke jinjang.. Amin :-)

12 Ogos 2012

Seminggu kita berkelahi. Alhamdulillah masih ada cinta dihati. Terima kasih atas susah payah mu memberi cinta yang tetap di hati. Me nampak. Me hargai. Me ingat tu. InsyaAllah akan ada perubahan pada diri.

" I CINTA AYANG"
ME CINTA AYANG SANGAT!!

Semoaga kasih dan cinta yang ada sentiasa kekal sehingga mahligai cinta kita dibina dan didirika dirumahNya sehingga ajal enjempu kita ayang. Amin

"Cinta itu buta & jangan buta cinta di depan mata - 1tahun 8bulan"

One in A Million

No words no sentences. Maybe. Just thanks a lot pada dua beradik coz gave me pinjam diorang punya laptop. Credit to Tyra Oh Tyra II & Myra Hamid *cari sendiri hihi

*MY LAPTOP ROSAK*

Alhamdulillah. I am 16 years old now. Anyone trust it? Eleh poyo. Big hugs kepada my only sayang yang berusaha untuk buat suprise for me!!! Terima kasih jugak dekat ibu belikan kek. Selamat Ulang Tahun jugak kepada Ibu yang comeyy (26 Julai) and ayah yang poyo poyo Saleem *hahaha (7 Ogos). Both of them 39 years  old now. Alhadulillah..

Semoga ibu ayah panjang umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan, panjang umur, dapat tengok adik kahwin nanti *EH? Hihi dan bahagia sehingga akhir hayat bersama anak-anak ibu ayah yang nakal-nakal dan comel-comel ni. Amin...

A few days more for our 20 monthsary kita sayang. Kita jumpa nanti kan. Harap dapat selalunya bahagia dengan sayang. Harap ayang akan suapkan me makan tiap-tiap minggu macam ayang buad pada me sekarang. Harap dapat selalu menggedik dengan ayang selalu... Eh taktak!!! Semuanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..................................................................................

Ayang tahu semuanya kan? Me perlukan ayang waktu tidur malam me, walaupun ayang dah bagi Hello Kitty sbagai peneman diri. Ayang tahu kan me akan cari ayang tiap kali me celik dari tidur kan. Ayang tahu tiap kali me makan mesti ayang akan lap kan mulut me yang comot ni, suapkan me makan, bagi me minum air semuaaaaaanyaaaaaaaaaaaaaa.....

ME SELALU RINDUKAN AYANG TAU! SELALU! TERIMA KASIH ATAS KESABARAN AYANG YANG TINGGI PADA ME. ME LOVE YOU AYANG! SO MUCH!

Berapa hari lagi Pejam celik ja, dapat jumpa ayang... Semoga ayang seihat selalu dekat sana. Semoga kita panjang umur dan diizinkan Dia untuk membina masjid mahligai cinta kita .. Amin..

10:31pm, 10/8/2012

Salam Ramadhan & Selamat Buat Diriku

Alfatihah.. Sebelum tu, sedekahkan alfatihah untuk kucing saya yang telah pergi meninggalkan kami sekeluarga pada pagi 18 Julai 2011. Kita jumpa dekat akhirat nanti ye kecik :'( Sangat manja dengan ayah. Tiap pagi ayah bangun, tiap malam ayah balek keje, bila kecik hilang, semuanya ayah. Panggil sekali je, kecik ... Terus muncul walaupun sedap tidur bawah katil aku. Tempat kecik yang terakhir dalam rumah adalah bawah katil aku. Walaupun aku taktahu yang dia tidur bawah katil sekurangnya malam tu kipas berpusing hanya dengan no 3. Silapnya sebab ibu bagi paracetamol, yang menyebabkan kecik semakin tak berdaya.




Kita jumpa dekat akhirat nanti ya kecik :'(

Harini 18 yee? Um k countup, 19, 20, 21..

Kita semua umat Islam akan menyambut kehadiran Ramadhan. Bukan tak sabar apa, tak sabar nak tarawih :') Dah menjadi kebiasaan. Dulu dulu, orang kata kalau kita puasa ja 1 hari tapi tak solat, puasa itu tak dikira. Betul? Wallahualam.

Start Ramadhan ni ada mission dengan Sayang. Harap tercapai niat kami. Amin

Hum sedih sebab sebulan tak akan dapat berjumpa dengan kekasih hati, kita akan ketemu pada 11 Ogos kan sayang? InsyaAllah doakan me panjang umur. I miss you soooooooo muchh!!!!!!!!

Gembira pula sebab dapat berpuasa sama Sayang :) Alhamdulillah moga sampai ke penghujungnya. Amin  

Start Ramadhan ni juga, Alhamdulillah diberikan umur yang panjang untuk merasai Ramadhan tahun ni. Teruja. Setahun dah meningkat umur aku. Pengembaraan bermula. EH? :'D Lupakan semua yang buruk berlaku dari mula aku 15 tahun pada 21 Julai 2011 hingga 20 Julai 2012. Lagi-lagi hari pertama aku 15 tahun. Ha ha ha my sayang tahu k Shhhhh ;) 

Harap akan ada perubahan diri, emosi, mental dan fizikal, harap akan lebih rajin belajar, matang dalam perhubungan, pandai menabung dan dapat menjadi Muslimah Sejati. InsyaAllah satu hari nanti. Amin


Hari Selasa 17/7/2012

Selesai buat nilam BI, then pegi bahagian rak buku dalam perpustakaan tu. Allah gerakkan mata hati aku untuk berjumpa untuk membaca kedua buku ni. Malangnya tak bawak kad pelajar, then saya bawa harini, and thanks to Jieha, sudi tolong naik perpustaakan untuk pinjamkan dua buku ni.

InsyaAllah Moga ada hidayah yang tersirat. Amin


19 Bulan ❦


You and me together nothing is better - Adele 

12 Julai harini. Genap 1tahun 7bulan harini. Kami bersama harini. Kami ada harini. Tapi, cinta bukan cuma harini. Cinta itu setiap hari, setiap minit, saat. 

Kadang-kadang dugaan datang tanpa kita duga. Kadang-kadang tiada kejujuran menjadi punca perbalahan antara kita. Kadang-kadang tidak menghargai menjadi penyebab kita lupa. Kadang-kadang simpan perasaan menjadi dendam. Kadang-kadang amarah lebih menguasai kita. Kadang-kadang kekerasaan hati menjadi keegoaan diri. Kadang-kadang kehilangan sesuatu buat kita mencari, sedar, tetapi bila ia hadir? Kita abaikannya. 

Kita pandang rendah padanya. Sukar untuk mendapat cinta. Sekarang ia ada, hargailah ia. Tidak akan mungkin, orang yang selepas kita cinta akan mencintai kita sebagaimana sekarang yang ada. Aku cepat leka tapi aku mampu buat semua. Siapa kata? Dia kata. Aku mampu semua.

Aku sedar hari ini. Harap selamanya. Cinta dia pada aku bukan cinta yang boleh dijual beli yang boleh diganti bahagi sebagaimana cinta yang aku peroleh sebelumnya. Ups! Bukan cinta, tapi hanya mainan dunia cinta. Kini aku dah perolehinya. Segala nasihatnya, tegurannya, pengorbanannya, .. Aku cinta dia :'(

Aku cinta kau sayang. Me cinta ayang. Me dah boleh fikir.. Tapi mungkin ada betul kata ayang, "sekejap je syhra"..

Me minta maaf ayang. Me mengaku me salah. Me abaikan ayang. Maafkan me. Boleh tak, me nak jadi jururawat untuk ayang? Nak jaga ayang nak ayang sihat.

Cinta tak buta, tapi aku yang buta. Itu kenyataannya. Saya cinta awak...

Esok 13 Julai, ulangtahun ayahanda kekasih, Encik HJ Yazid Bin Jaafar, semoga panjang umur dan terus diberkati dan dirahmatinNya dan sejahtera. Amin. Juga buat ibunda dan kedua orang tua ku. Semoga panjang umur kita. Amin. Juga buat NurulSyahira Binti Mohd Hassim, 11 Julai, 16 tahun sudah. Alhamdulillah.

Jadikanlah diriku, pilihan terakhir hatimu

Sebelum tengah malam tiba. Hi 2 Julai 2011. Masa berlalu sangat pantas! Mungkin. Masa awal tahun, haiiih lamanya nak tunggu nak Julai, now dah Julai beberapa hari ja lagi Ramadhan. Berapa hari ja lagi nak 16  tahun, berapa hari je lagi nak ujian. Berapa hari ja lagi nak 1 year 7 bulan, berapa hari ja lagi hari jadi Ibu, mak.

Past is past. Today is ketetapan. Kita tak tahu apa akan jadi kemudian hari.

Cerita yang lepas adalah kenangan. Mahupun indah atau sebaliknya. Tapi inilah kehidupan. Ukir senyuman.

We had just being together 1 year 6 months 2 weeks and six days now sayang. Alhamdulillah.Kalau setahun lepas, kita tak ada pun 2 Julai ni sayang. But sekarang kita ada :) Dulu kita tak ada pun pergi Jomheboh kan sayang, tapi semalam kita ada :)

Sayang, hadiah semalam memang untuk ayang pun. Walaupun tak seberapa kan sayang. Sayang, minggu ni me bagi buku kita yer.

Bytheway semalam dapat makan tauhu bakar dekat Stulang Laut, terima kasih syang :* Sayang sayang, semalam ayang suruh me habiskan makan kangkung kan? Hihihi maaf ayang. I can't. Semalam me ada minum air sambil kunyah kangkung patu me ada toleh kiri kan ayang, maaf.. Me buang kangkung tu tak makan pun. Ngeh ngeh maaf sayangggg!!! Lain kali me makan! InsyaAllah :')

Just had fun sangat semalam ketawa tak berhenti padahal cerita pasal urut jee, miahahahah see the fact is sayang kelakar orangnyaaa!!! Dari pagi sampai ke malam merayap and the ending is kita sama-sama keletihan. Thanks much sayangggggg :*

Terima kasih juga sebab kita gembira on our day 30 Jun 2012, genap 8 months getback! Alhamdulillah... Banyak sangat banyak! Hampir setiap hari. Alhamdulillah. terkenang balik perkara yang lepas, rasa yang lepas. Syukurlah. Izinkan kami membina mahligai kami dirumahMu kelak. Amin Ya Rahman Ya Rahim..

Indon pun indon laa sayang, me tak kesah. Sekurangnya me beruntung. Indon lain takde dapat Aaron Aziz tapi me dapat. Hee terima kasih di sisi sayang. Terima kasih atas kelembutan yang diberi. Me minta maaf semua silap me ayang :( Me cinta ayangg :(

Ayang ayang, nanti nak buat cover song lagi butterfly boleh tak? Eleh acam sedap sangat je suare kan. Nanti me nyanyi ea? Eh over!

10:46 pm already. Beberapa jam yang lepas telah pun terjadi. Biarlah yang lepas. I'll try my best to give the best! InsyaAllah


Kita bercinta bukan untuk harini, tapi cinta kita untuk masa akan datang. Masalah akan datang silih berganti. Keperitan akan singgah menggigit hati, keindahan akan terbang menari di hati, bukti cinta akan ternyata suatu hari nanti. InsyaAllah! Amin yaa rabbal alamin.. - Indon XD

Tanggal 26 ada kenangannya...

Berselimutkan baju sejuk yang dibelikan ayah 3 tahun lepas mungkin ketika singgah di Melaka. Sejuk. Suhu badan panas. Nak mengadu tapi salah sendiri. Nak buat apa kesiankan orang yang keras kepala ni kan. Ini lah padahnya. Cari penyakit sendiri. Hm nak buat macam mana. Cuma bagi tunjuk ajar. Tapi.. hm. Ayah dah balik kebetulan jugak nak update belog ni, ayah cakap itu rezeki namanya..


Kebahagiaan tak selalunya indah untuk kita :(

Kalau kita tak putus 26/9/11, harini hubungan kita genap 11 bulan :( See.. Tapi. Awak tak ingat tarikh yang remeh ni :( Yang penting hanya 12 :( mungkin :( hm layanlah sebegini rupa. Memang patut. Saya tak macam perempuan lain sebelum ni, awak boleh bergurau sama diorang bahagia ketawa tapi dengan saya :'(
Kebahagiaan kita tak pernah kekal :( Semalam cakap i love you so much tapi harini cakap aku tension dengan kaw :( semalam cakap i miss you so much tapi harini cakap susahkan kaw :'( Harini cakap cibai esok cakap cinta, malam ni ucap bye esok ucap selamat malam :*


Ada sesiapa yang faham? Ada sesiapa yang kesah? Tak :'( I'm just missing him so much :'(
Kita ada telepati rasa yang sama kan :'( Rindu sangat :'(

Awak nak pegi kipmart katanya tadi, tapi tak tahu dah sampai ke dah gerak belum :'( Tiba-tiba awak bagitahu saya awak lepak restoran jaa. Alhamdulillah :( Ada cerita nak dikongsikan, tapi cerita tu remeh tak penting pun  hm apa yang penting kita riindu :'( sangat :'(

Sering harungi sendiri kekurangan diri hanya tuhan mengerti
Tiada guna aku hidup begini tanpa belaian kekasih yang amat ku sayangi ~ dari malam tadi pujuk diri dengan lirik ni... 
Alhamdulillah.. kita dapat dinner sama setelah seharian me ikat perut beralaskan air masak je dari balik sekolah tadi. Alhamdulillah.




Mungkin harini hari terakhir. Good luck rumah merah. Akak still ingat lagi apa yang akak bualkan dengan korang time kita berkumpul, kita berbaris tadi. Ape akak cakap? Ingat tak? Hm akak cakap macam ni..

Mungkin harini hari terakhir akak. Mungkin kita takkan jumpa lagi kan. Mungkin akak akan tengok korang dari jauh je. So akak harap korang respect Aiman sebagai komander korang. Walaupun dia badan besar hitam boncit suara perempuan, akak harap korang respect dia. Setiap orang ada bakat. Tak baik hina sesama sendiri. Macam Zulhairi pun ada kekurangan, rendah, kurus, jongos, haa masing masing ada kekurangan masing-masing. So please. Akak harap korang hormat sesama sendiri.

Aiman ni time sekolah rendah dia komander PSM, so dia nak jugak handle dah masuk menengah ni kan. Even budak-budak kutuk-kutuk Aiman, I just pesan dekat dia, Aiman! Yakin! Semangat! Tunjuk suara lelaki! Tegas! And alhamdulillah.. Budak-budak semua bagi kerjasama pada Aiman.

Mulanya.. semuaaaaaaaaaaaaaaaaa tak setuju when I mintak ganti dengan Aiman, I cakap macamni,
Okay dengar sini. Aiman nak jadi komander, so kalau Aiman jadi komander, akak takkan ada waktu korang perbarisan Jumaat nanti. Then semuaaaaa geleng cakap tak..........

Hmm ape lagi akak boleh buad? Akak taknak hilang kekasih akak :( Hm terngiang wajah dan kata-kata Adek Wanie..
Kalau kitorang kalah, akak yang salah 

Sedihnya Wanie cakap macam tu :( Sorry Wanie, dia tak sokong apa yang akak buad :( Wanie jangan gadoh gadoh dengan Fisya lagi k. Senyum. Baik tau :(
Eh ehh korang.. Haa akak suka sebut ayat tu kan. Baca sini baca sini! Akak dah ingat nama korang dari yang depan sampai yang belakang, dari yang kudut sampai yang comel, dari Melayu sampai India.. Hee

Balik tadi dengan lencun kasut seluar baju tudung basah, alhamdulillah sampai rumah tapi setiap satu langkah untuk sampai ke rumah tu dada aku sakit. Sampai je rumah, bukak kasut, kaki sangat lah pucaaaaaaaaaaat ~
Satu fakta harini, semua sangkakan yang Kak Syhra ni guru baru sekolah SMK Kangkar Pulai. Ada funnynya dekat situ *hihi*


Biar batin yang tahu segalanya. Ikhlaskanlah senyuman ini di mata kekasih yang ku sangat rindui.

Coretan terakhir.

Hanya ingin mengisi ruang putih yang ada dengan tulisan yang berwarna hitam. Sama macam hidup aku yang hitam kini. Sedih. Sangat sedih. Salah sendiri. Pasrah? Mungkin. Redha. Juga mungkin? Kenapa sekarang? Cool Shahira. Ini semua permulaan. Buang yang buruk dekat kau tu Shahira. Kalau macam ini lah engkau? Memang takkan ada yang baik untuk engkau! Muhasabah sendiri. Cri kekuatan sendiri. Apa guna ia? Haa. Kosong. Hei tolong. Jangan luahkan ia. Izinkanlah aku bersamanya sampai samudera mengering. Shahira! Cukuplah. Pun tak teringin dah dia. Engkau tu bukan mutiara. Kau tu cuma pasir tepi jalan yang orang pijak ludah yang anjing kucing berak kencing. Apa malang dengan diri kau ni Shahira? Shahira. Sabar. Ini semua permulaan. Allah tunjuk awal-awal. Belum terlambat. Mungkin harini kau tak bahagia, tapi esok lusa? Mungkun harini kau terseksa, tapi esok lusa? Mungkin harini kau sakit, tapi esok lusa? Mungkin harini kau kuat, tapi esok lusa? Mungkin harini kau gagal, tapi esok lusa? Tetapi. Cuma satu.

Sejarah yang hitam takkan pernah berubah menjadi putih. Tetapi sejarah yang putih jika digilap, mungkin akan kebih menyinar. Sejarah yang hitam akan tetap hitam dan sejarah yang putih akan tetap putih. 

Macam mana dengan warna lain? Itu hanyalah hiasan warna yang mengindahkan. Tapi hidup kita cuma 2, yang hitam dan yang putih. Yang hidup dan yang mati. Yang sakit dan yang sihat. Yang gagal dan yang berjaya. Yang bahagia dan yang terseksa. Yang tamak dan yang bersederhana dan semuanya.

Ada yang bahagia tapi tak bahagia. Ada yang derita tetapi dia bahagia.

Berubah Shahira. Jangan cakap kosong. Orang tak suka. Orang akan tunggu bukti kata-kata kau ni. Tabahlah Shahira. Kau sorang? Takpe. DIA sentiasa ada. Allah!

22/6/, 2 Syaaban 14 - 29 hari lagi Ramadhan, genap umur kau 16 tahun. Come Shahira. 
Salam  Jumaat.  Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

First Anniversary

How so sad my list post! Rupanya tak ada kisah 1 year kami berdua. How sedih aku!  Walaupun orang lain dah 10 5 3 tahun, tak apa. Macam sayang cakap, setiap orang ada kisah cinta masing-masing kan :) Tapi sekurang-kurangnya orang lain tak ada buat macam me buat. Yes i bangga. Sekali je. Ada jodoh, insyaAllah kita hidup dalam syurga dunia kita. Amin. Apa yang me buat ni, bukan suka-suka. Mungkin kita memang ditakdirkan untuk hidup menjadi sepasang kekasih dan sepasang suami isteri, dan segalanya ni adalah petunjuk yang Allah bagi dalam keadaan yang me boleh sedari. Wallahualam. Semoga selamanya. Amin Ya Rahim..
Tapi takpe.. Me tetap ingat :') Mungkin ada kurangnya, tapi ia akan terus bersemadi dalam ingatan ini...

12 December 2011
Kita berdua ternantikan tarikh ini kan sayang. Dah hujung-hujung baru dapat rasa cinta kita ni ada indahnya..
Me ingat lagi pagi pagi hari me dah kelam kabut. Haa memang dah rancang sendiri, time anni.. Me nak pakai baju kurung. Actually nak pakai baju kurung hijau yang buat perasaan ayang tetiba pada me, tapi sayang dah memuji lawa me pakai kurung merah tu, so me pakai laa baju yang itu.. Huhu. Me dahlaa siap lambat :/ Takut tertinggal bus punya pasal, macam Mak Jah jea me lipat shawl, acalboyeh :p Patu patu alhamdulillah sampai jugak.. Even macam mak nenek, teruskan langkah dalam keadaan yang dupdapdupdap.. Serious gila!!!

Sebelum ni nak jumpa ayang takda pun dupdapdupdap ke ape, tapi pada 12/12/11.. I was so gabra to met you that time sayang. . . Okay okay, teruskan langkah menuju ke tandas.. Dah pakai kemas-kemas cantik-cantik, handphone asik berbunyi jea sebab ayang tunggu me lamaa sangat. Hahahaha konon nak buat suprise kat ayang lah kan. Daripada nak naik eskalator lama, haa naik lif lah! Tak pernah naik lif sorang, biasa naik dengan ayang jea, tiba-tiba nak cepat punya pasai, haa amik kaww! Sesat.. Huaaa melalak wa. Entah jalan mana tah patu naik eskalator.. Huu buang masa.

Haa ok ok. Makin hampir makin dekat, away ke food court, dupdap dupdap. . .
I saw my sayang sedang enak menghirup cikong favourite nyaaa :) Huaaaaaa and me was melalak that time gara-gara sesat naik lif. Okay chill duduk kejap, terus beli tiket movie then jalan jalan jalan makan makan makan, around 7:30 pm me balik...

But that day, kita happy sama kan sayangg. Mana lagi happy? Sekarang ke sebelom ni?Soalan bodoh ni.. Miahaha kay, now, 1 year 6 months has gone. WE MUST GO THROUGH 1 YEAR 6 MONTHS more untuk mendirikan mahligai cinta kita yang kita sudah niatkan di hati kita.. Everything.. Its not too easy for us, but it can be so easy for us.
Moments kita. On 12/12/11 ayang sangat suka buat muka nakal. Cuba buad sekali ayang? Lagi satu, kita comel sangat masa ni :p Lagi satu, ayang belikan me 2 shawl, and sangat romantisnya ayang hulurkan me bunga ros :') Aaaa sebak nak nangis rasa I MISS YOU SO MUCH SAYANG :'( Me simpan lagi semuanya...
Hii i miss you sayang :( Thanks a lot untuk segalanya ayang.





ME CINTAKAN AYANG, MOHAMAD NAJIB BIN YAZID :*

Peristiwa

Hai Hei Hoy Woii!! Hahaha kurang ajar tak di ajar lah kan.
Bismillahirrahmanirrahim....

Kite ada 2 cerita.. Jengjengjeng! Takda lah gempak mana pun. Just nak share, rasanya first time kot masuk movie w family. Cerita Bohsia 2, Jalan Kembali.. Terima kasih ayah :*

Alaa malas pulak nak taip panjang panjang ni. Haa korang tengok sendiri lah ea, nanti korang tahu cerita dia acana. Kalau cerita dulu, tak syiokk ah kan. Tak suprise! Eh? Korang? Ada ke yang stalk ni? Haa haha ada aku kesah :p
Amik lah ney.. saja nak masuk gamba :p Apa aku kesah, blog ini Shahira yang punya  :p










And my abang said lik this " kau ni gedik aa dik" Ah! Ade aku kesah? Around 9:20 pm jugak movie habis, then lepak segget tepu just melayan adik perempuan yang ramah tu je.. Then balek tombang! Tapi itu cerita 15 Jun 2012 kan.. Past is past.. Ini pula cerita 16 Jun 2012.. Also past is past ;) Ade aku kesah?\

Punya semangat! Around 5:30 am aku dah bangun, kemas kemas kemas, mandi solat subuh lipat kain breakfast siap siap.. My sayang sampai.. Kesiankan dia. Pagi pagi bangun ulang alik just nak bawak me kerja sama dia. Kerja apa? Jadi asisstant dia ja. Helper katanya.. Tak mudah kot. Baru tarik jolok kabel ea ayang tu? Haa pon dah lenguh. Ulang alik naik turun tangga pun dah tercungap cungap, miahaha tapi takpe keje dengan ayang enjoyy :* Thank you sayang! Popiah ea yang kita makan tu? Haa itu sedap sangat!

Tak dapat makan tahu bakar pun tak apa.. Lainkali kita makan boleh tak ayang? Eh? Ade aku kesah? Kesian jugak tangan sayang terbelah kot gare-gare tembak yang pusing-pusing tu? Sape punya? Tam punyaaa XD Terima kasih sebab belanja me makan macam macam kat KFC tu tapi tak habiskan pun, muihihi takpe, sikit-sikit me gemok laa nanti k sayang ;) Oh fakta! Sayang kita just excited! Dia tercari mana botol sos dalm KFC tu, miahahaha and and sayang kita ni suka ....*secret ah* :p

Lagi satu lagi satu lagi satu!! Kita orang kan.. Kita kita, Syhra Najib.. Dah pakai EASY Buddyz . . . . :O
Please terkejut and annoyinng satu. Hahahahha my sayang over jakun! Eh? Tak lah kami berdua excited. Memang lah sangat penat one day ni. Dari pagi subuh sampai malm bergerak.. Last last pakai otp my sayang meleweh kepenatan, me wish selmat malam sorang sorang then tidur ..... :)

Kesian laa sayang, and thanks so much sebab one whole day dengan me, even sayang ada exam 17.6.2012 kan. Terima kasih sayang. Semoga sayang berjaya dalam setiap ujian, peperiksaan and everything yang sayang buat. InsyaAllah.. Amin Ya Rabbal Alamin.. Sayangg, tetibe rasa rinduuuuu sangattttttttt :(((









Love tengok my sayang makan... Syukurlah. Selamanya.. InsyaAllah. Amin. :*
Today 17.6, nak wish

SELAMAT HARI BAPA SELURUH DUNIA :* & SALAM ISRAK MIKRAJ...

Setahun sudah Dia bersama Ibu ayah..

USAI sudah 5 janjiku kepadaNya.. Usai juga mengalunkan ayat indahNya. Syukur Alhamdulillah.
Dengan keadaan rumah yang berbahang atau mungkin badan aku yang bahang, aku teruskan coretan. Bertemankan ayah yang sedang enak menjamu roti sardinnya dan ibu enak menghirup abcnya yang dibelikan oleh Hubbynya. Juga sambil menonton tv3 rancangan 999. Terasa ingin kentut sebentar! Eh? Hahaha my sayang tahu pasal ni. Eh? XD Teruskan menaip...

Hello 13 Jun.. Oh, Hai 14 Jun. Hmm how to start the story? Okay. Just let it go syhra. Let them know. Uh? Anyone reading this? Hai am Shahira, me w my lover sudah 1tahun 6bulan. Alhamdulillah. Oh hubungan yang masih belum patut untuk dibanggakan kerana masih diuji dan terus diuji. Syukur masih ada. Kami menyakiti sesama sendiri. Kami menyangi sesama diri. Kami mencintai sesama hati. Selamanya. InsyaAllah

It was like oh sangat stranger! Pelik sangat sangat keadaan yang terjadi masa tu. Ya Allah! Adakah ini yang ditetapkan olehMu Ya Allah.. Adakah Kau mengizinkan kami untuk membina masjid dirumahMu setelah aku selesai SPM yang akan mendatang ini untukku pada tahu hadapan, 2012 Ya Allah! Subhanallah walhamdulillah walaa ilaahaailallah wallahuakbar! 

Memang diakui, Najib dah lama tak tinggalkan pesanannya memperingatkan aku agar mengaji. Dari aku selesai maghrib, hinggalah aku selesai isyak, dia seakan mendesak! Anehnya saat itu, aku langsung tak boleh terima pesanan yang diberikan Najib. Sehinggalah.. Hati aku mula sejuk dalam jam 9:28 pm.., aku melangkah masuk ke bilik air dan teruskan niat untuk mengambil wuduk. Setelah paip dibuka, sesuatu terlintas di fikiran. Subhanallah!!!

Harini 13 Jun, Najib datang jumpa dengan ibu ayah dalam jam 9 lebih juga Najib datang rumah, bermakna sudah genap 1 tahun Ibu dan ayah mengenali lelaki yang bernama Mohamad Najib.. Alhamdulillah :)

Setelah wudhuk selesai, aku melangkah masuk ke bilik dengan niat ingin membuat panggilan bersama Najib untuk menceritakan hal ini kepadanya selepas memakai telekung. Tetapi... airmata yang jatuh menitis tis tis... Mana tidaknya! Suara najib tu, memanglah dia tak marah tapi keras sangat! Takut dibuatnyaa. Yee Najib tak boleh lagi berlembut dengan Syhra sebab Syhra takkan gunakan kelembutan yang dia beri sebaiknya..

Setelah tamat panggilan, aku mengambil Al-Quran aku yang tinggal hanya lagi 1 juzuk untuk khatam, dan dengan niat, aku ingin khatamnya malam 13 Jun juga bersamaan 23 Rejab 1433H, dengan perasaan sayu dan khusuk membaca, serta merta airmata aku turut jua menitis. Damainyaaa lagi tenang menghayatinya, syukur Alhamdulillah.. dalam jam 10:30pm siap juga membaca doa khatam Quran, aku telah khatam buat kali ke-empat. Alhamdulillah...... Terus juga memaklumkan pada ibu agar membuatkan bubur merah putih, insyaAllah esok adaa..

Itu cerita malam 13 Jun, 14 Jun pula? Apa cerita? Aku tidak menyukainya. Cerita yang penuh dengan drama.

Apa yang aneh dengan diri aku sebenarnya yang aku sendiri tak sedar akan khilaf diriku. Apa mungkin dengan alasan kita berjauhan? Wallahualam. Biar aku dan kau sahaja yang tahu ye sayang.. 

Ini cerita sedih. Kenapa mesti adik aku yang jadi mangsa? Peliharalah adik aku Ya Rahman! Mungkin aku penat. Penat dengan fizikal aku, mental aku, hari 14 Jun menguji aku. Dari jam pagi setelah subuh lagi. Aku redha. Ini yang telah berlaku, masa tidak boleh di putarkan lagi. Itu kenyataan hidup.

Selepas aku pulang ke rumah, dalam jam 1 lebih atau 2 mungkin, ibu bersuara, "Syahrul balik kak." Dengan kuatnya aku gagahkan lutut. Bertanyakan Syahrul. Kesian pada dia. Dia balik sebab kena pukol dengan kawan dia, aku tambahkan lagi sakit dia. Aku tak mampu mengawal amarahku yang meledak mungkin juga bercampur baur dengan masalah aku sendiri.

Kesiankan dia. Betubi-tubi aku hentam Syahrul, habis merah menggigil tangan aku walaupun masih bergenggam dengan wajah yang bengis. Itulah aku yang engkau tak tahu sayang. Selepas memerintahkan Syahrul agar membersihkan diri dan menunaikan solat zohor, selang 30 minit mungkin, aku terdengar akan perbualan ibu dengan Syahrul " ni panadol ni makan. Akak kau tu kalau dah naik angin memang tak ingat dunia.." Respon aku? Hati aku berdesir sendiri.. "Kesian Syahrul. Sampai demam dia :(" Aku melangkah keluar dan bertanyakan Syahrul, apakah dia sudah makan atau belum.. Akak minta maaf Syahrul :(

Akak banyak kali pukol kau kan. Dah puas aku hempuk mesti akan wujud rasa kesal setelah tenang. Itulah aku.

Tapi syukurlah, Syahrul ni kuat orangnya. Alaa kene pukol dengan perempuan apa rasa ark ;) 

Pada jam 10 malam ini juga, ingin aku memohon maaf kepada kekasih aku. Aku sayang awak!!! Aku cintakan awak!!!!
Dengan hanya kemaafan, itu juga akan mampu mengubati hati kita. Walaupun ia terlalu amat perit! Maafkanlah sayang. Setiap manusia setiap pasangan pasti akan melakukan kesilapan. PASTI! Sukar terlalu amat untuk kita mencipta kebahagiaan tetapi terlalu mudah amat untuk kita ciptakan kenangan yang sukar walaupun kecil yang amat!

Satu perkara yang boleh membuat kita bahagia adalah kasih sayang dan satu perkara yang boleh membuat kita matang adalah masalah... 


Wajah selesai solat zohor sebelum memukul memarahi Muhammad Syahrul Asrie..

Tanpa senyuman, tanpa dia pada sebelah siang, hanya sendiri.
Sayang, baik-baik kerja. Me minta maaf. Takde niat. Me sayang ayang...
Me cinta ayangg me nak kite ayangg :(

Bye

Start a day with Alhamdulillah am still got chance to be that me want and everybody wants. With bismillahirrahmanirrahim, me start typing. With hearing this song, me start typing. With heart that .., me start typing. Wish you safe there sayang.

12 Jun 2012, 7:30 am.

Me tak tahu apa yang buad me sedih. Sebelom ni memang excited, tapi lain dengan harini. Sebelom sebelom ni memang teruja, tapi lain dengan harini. Saye tak tahu ape yang saya rasakan saat ini. Apa mungkin awak turut sama merasai? Ahh bagai ditusuk duri sembilu sakitnya! Izinkan kita merasai kebahagiaan. Izinkan kita. Dengan tangan yang penuh longlai, aku memulakan bicara. Sayang, aku rindukan kita. Sayang, aku rindukan awak. Sayang, pernah awak tahu? Tak. Awak tak pernah tahu. Hanya keburukan saya yang awak nampak. Itu jelas. Sekurang-kurangnya, saya tak pura-pura baik, saya tak pura-pura mengayat, saya tak pura-pura and anything sekurang kurangnya saya tak bertalam dua muka. Saya gedik? Itu diri saya. Tapi macammana dengan yang bebuat gedik? Abaikan..

Sebelum jam 12 malam, aku sempat mengucapkan tahniah, aku sempat mengatakan Alhamdulillah... Syukur tak terhingga. Itu yang terjadi malammya. Sedang enak memejam mata dengan suasana yang gelap, hanya bertemankan kipas, *bunyi mesej masuk* terus terjaga, jam menunjukkan 6:39 am. Aku dah lambat! Teriak sendiri. Selepas membersihkan diri, dan alhamdulillah, sempurna solat subuh.. Back to phone, *tak payah menipu la syhra* *yelatuh tantah dah bangun mandi...* dan aku terasa. Susah ke nak percaya apa kata aku? *AKU TAK INGIN MENERUSKAN KATA :'(*

Apa yang buatkan aku terasa kehilangan, sebenarnya ianya istimewa, tapi malangnya hanya aku yang inginkannya. Pada 12 Jun 2011, kita tak ada kan sayang. Kita tak ada. Kita berjumpa pada 13 hb, seperti yang dijanjikan, setelah 6bulan kita akan berjumpa. Itu janji kita setahun  yang lepas.. Hmm kita ada sejarah cinta yang boleh kita ingat kita ingat dan kita ingat. Tapi kenapa mungkin sejarah yang ada tidak boleh dijadikan sebagai sesuatu yang indah, selamanya? Kerana bahgia bukanmilik kita, selamanya. Perlu ke menunjukkan emosi yang aku rasa saat ini? Oh tak! Orang lain juga punya emosi shahira. Ingat itu.

Ahh aku cemburu orang lain bahagia!!! Kenapa tak aku? Ahh siaaaaaaaal! Shahira! Kenapa macam ni? Ini pilihan kau! Ini yang dah jadi shahira. Sabarlah sayang. Pujuk lah diri. Mungkin ini hanya ujian, mungkin ini yang sudah ditentukan. Bersabarlah.. Tak! :'( Rindu :'( akan ucapkan kata cinta. Aku rindu kamu sayang :'(

Mahabbah rindu



Kau digelar sebagai penyeri dunia, Hadirmu melengkap hubungan manusia, Bukan saja dirindui yang biasa, Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa..
Akalmu senipis bilahan rambut, Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu, Jua hatimu bak kaca yang rapuh, Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh.. 
Tercipta engkau dari rusuk lelaki, Bukan dari kaki untuk dialasi, Bukan dari kepala untuk dijunjung, Tapi dekat dibahu untuk dilindung, Dekat jua di hati untuk dikasihi, Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus bengkok, Begitulah peribadi yang dibentuk, Didiklah wanita dengan keimanan, Bukannya harta ataupun pujian, Kelak tidak derita berharap pada yang binasa, Engkaulah wanita istimewa
 Sedarilah insan istimewa, Bahawa kelembutan bukan kelemahan, Bukan jua penghinaan dari Tuhan, Bahkan sebagai hiasan kecantikan...

❥ ۵ ❥ ۵ ❥ ۵ ❥ ۵ ❥ ۵ ❥ ۵ ❥ ۵ ❥ ۵ ❥ ۵ ❥ ۵ ❥ ۵ 
Bersaksi cinta di atas cinta, Dalam alunan tasbihku ini, Menerka hati yang tersembunyi, Berteman di malam sunyi penuh doa..
Sebut nama-Mu terukir merdu, Tertulis dalam sajadah cinta, Tetapkan pilihan sebagai teman, Kekal abadi hingga akhir zaman..
Isthikharah cinta memanggilku, Memohon petunjuk-Mu, Satu nama teman setia, Naluriku berkata..
Di penantian luahan rasa, Teguh satu pilihan, Memenuh separuh nafasku, Dalam mahabbah rindu.. 
Di isthikharah cinta.. 
Sayang, our day tonight. Me tak tahu apa yang terlintas pada ayang, tapi ayang tahu apa yang terlintas pada me kan. Sayang, semalam tu kenangan untuk kita, untuk esok hari kita jadikan ia sejarah boleh sayang? Sayang, 12 malam ni genap dah 18 bulan ayang ada dengan me, everything.. Me sorry untuk semua. Perempuan hanya pikirkan kesenangan, tapi dia juga inginkan kasih sayang ayang. Yeah, ayang sangat berhati-hati. Me wish, me akan ada dengan ayang untuk 18 bulan.. Tak guna bercakap.. Buat shahira! Buat!!
Sayang, me susahkan? Terima kasih untuk 18 bulan ayang. Mungkin betol apa yang ayang kata, me tak pikir me tak guna me tak hargai! Tapi me akan tercari semua yang me pandang remeh tu sayang. Me sorry.. Yea, sorry bukan pengubat segalanya, berubahlah..

Tak guna juga kalau menaip panjang berjela tapi tak ada perubahan.. InsyaAllah akan ada Untuk 18 bulan kita lagi, untuk kita teruskan dengan niat cinta kita ni.. InsyaAllah!

Me love you sayang. Me minta maaf untuk 1 tahun setengah ni, untuk 18 bulan ni ayang dah banyak korban, everything! Tapi me? Langsung tak endah.. Maafkan me sayang. Me love you so much!!!

Alhamdulillah.. 18 bulan kita  

Memutihkan wajah

Petua 1
Limau nipis dihiris nipis dan ditampalkan di sekeliling muka selama 15-30 minit. Selepas itu barulah dibilas dengan air bersih. Rajin-rajinlah mengamalkan petua orang-orang tua ini. Hasilnya tidak mengecewakan.

Petua 2
Ambil sebatang timun batang diparut dan campur dengan separuh biji limau nipis dan bedak sejuk, kemudian dipakai di muka setiap malam. Kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

Dah tolong kan? Haa tolong pulak boleh? Klik SINISINI dan PENTING!!! ;)

Ade ku kesah? Ark ;)

Got 30 minutes to run!!! Eh 30 minutes lagi? Aah memang suka type last minute pun ;)
Yeahh akhirnya dapat pun tambah gadget ata blog ni. Uhh so thanks brain.

Ape yang ingin dibincangkan? Um cuma satu.
Please jangan jadi talam dua muka boleh? Oh i was so tak sangka. Um? Eh buang masa pulak.

Wish yaya happy duduk dekat sana 5 minggu. K aku dah mandi peluh duduk dalam bilik ni, sebab malas nak mancari double plug punya pasal. Haa ni makan dia.

Yahh!! Even only my sayang yang always stalk this blog, am happy :* Thank you sayang :*
Jap ea, kasi ayang kecur jap! Aumm



Minggu ni dua kali dapat makan durian!! Uhh fav gilaa...
Ayangg, selera tak? Hahaha ade ku kesah ;) Sayang kite kate buat tempoyak sedap, tapi kite kate, kite tak penah makan tempoyak durian ni. 
Then sayang jawab, bodoh namenye.. Jadilah orang kampung sikit. Hahaha

Ehh satu am was orang kampung is, me love pakai kain batik nenek and me pandai pakai kain batik ;) Miahaha kay kay stop mencarut!

Esok dh naik sekolah, lepasni akan jarang mengadap blog lagi, nak fokus dekat homework untuk succes ujian 3 and final exam. InsyaAllah.. Sebab.. hmm mesti result mid year ni terok -.-
Malam tadi mimpi .. jengjengjengg!! Tak cerita lagi dengan ayang asal ni, haa me cite nanti kay sayang :*

Now 4:15 and kejap lagi azan Asar...
Sayang, take care there. Awak tahu saya sayang awak kan sayang? Eyyyyyaaaaaaaah!!! Me love you so muchh!! Me miss you so much!!! Aummmmm :p 

7 Jenis Wanita Tidak Bersyukur

WANITA 7 Jenis Wanita Yang Tidak Bersyukur
Ada wanita yang cukup kenal erti bersyukur. Malah ada wanita yang tahu natijah mereka itu sebagai seorang wanita dan mengapa mereka dijadikan oleh Allah sebagai seorang wanita. Wanita yang berada dalam golongan ini adalah mereka yang tidak “demand” dan mempunyai rasa tawadduk yang tinggi.
Tapi dalam masa yang sama, ada juga wanita yang “lupa diri”. Kaum wanita selalu cakap “susah jadi wanita”. Mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri. Mereka selalu persoalkan ketentuan Allah terhadap mereka.
Dengan kata lain yang agak kasar, mereka mendakwa yang Allah telah berat sebelah. Mari kita lihat siapakah wanita-wanita ini dan jika ada di antara pembaca blog ini yang sudah mula persoalkan soalan yang disenaraikan di bawah, bolehlah bermuhasabah sebelum terlambat.
Keluhan REMAJA perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja? Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
Keluhan ISTERI A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
Keluhan REMAJA perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
Keluhan ISTERI B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
Keluhan ISTERI C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
Keluhan ISTERI D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
Keluhan remaja perempuan D:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..!
Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?
Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan?
Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”
Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Bukankah ibu itu seorang wanita? Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami.
Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga.
Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya.
Tahu maksudnya?
Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara.
Apa itu?
Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya! Tapi masih ramai wanita yang angkuh dengan suaminya”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian. Berbahagialah wahai para muslimah.
Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti…

Kenapa kena cukur kemaluan?

Ada seorang budak perempuan berumur 8 tahun memanjat pokok rambutan ditepi jalan. Lalu Pak Haji dan terpandang budak diatas pokok rambutan yang tidak memakai seluar dalam. Dipanggil budak itu turun dan diberikan RM5.
“Nah ambil duit ini,balik rumah tak payah panjat lagi!”
Apabila sampai dirumah, ditunjukkan kepada ibunya duit yang telah diberi oleh Pak Haji itu kerana memanjat pokok rambutan. Jadi si ibu terfikir, jika anak boleh dapat RM 5 mungkin dia akan dapat RM10. Keesokkan hari si Ibunya pula panjat pokok rambutan sambil memetik buah rambutan dan menunggu Pak Haji yang kebiasaan akan lalu kearah situ.
Maka lalulah Pak Haji dan terpandang si ibu memanjat pokok dengan berbaju t-shirt dan kain batik lalu dipanggil si ibu turun.
“Nah Jah, ambil 50 sen ni!”…tercenggang si ibu dan bertanya kepada Pak Haji kenapa dia hanya dapat 50 sen sahaja sedangkan anaknya dapat RM5. “Ambil duit ini beli pisau cukur!”… Pak Haji suruh beli pisau cukur kerana si ibu tak pernah cukur pun…?%$.
“Moral of the story”…kita tak pernah kisah untuk bercukur. Ada kakcik dan Makcik yang selalu mengaji kat ustaz. Bab lain-lain tekun mengaji. Tapi bab cukur tak pernah ambil kisah. Berbalik kepada tajuk.
Istihdad ialah mencukur bulu ari-ari, dilakukan dengan mempergunakan pisau, iaitu pisau cukur. Al-Aanah ialah rambut yang tumbuh sebelah atas zakar lelaki dan tumbuh disekitar faraj perempuan.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa:
“Rasulullah SAW menjadualkan bagi kami paling lama empat puloh hari, supaya tidak lupa mengunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu-bulu ari”. (HR Muslim, Ibnu Majjah,Ahmad,Tirmidzi,Nasai dan Abu Daud) .
Bermaknanya paling lama 40 hari kenalah kita servis bahagian-bahagan tersebut. Adakah kita berbuat demikian wahai pembaca?. Jangan kata orang yang tak tahu memang tak buat, Yang dah tahu pun tak buat. Ada yang tak pernah bercukur sampai bertahun-tahun lamanya. Tebal macam hutan belantara. Selepas ni belilah pisau cukur dan mulalah cukur hutan belantara ini.
Dan dialog Rasulullah SAW dengan Iblis,
Pertanyaan Nabi:
“Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?”
Jawab Iblis:
“Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu.”
Didalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Jabir larangan mendatangi isteri tengah malam sebelum bersisir lebih dahulu dan mencukur bulu ari-ari bagi orang yang baru pulang dari perjalanan jauh.
Kerana itu tidak diragukan lagi, mencukur bulu ari-ari dan membersihkannya termasuk perbuatan mustahabbah (Disunatkan) untuk mencegah kutu (kupan) dan bau yang tidak enak.
Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai”. (HR al-Bukhari)
Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam adalah agama yang fitrah dn ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan mencukur bulu ari-ari ini.
Dalam hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah ??? ?????? (cukur bulu ari-ari), Nabi s,.a.w juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (al-Bukhari dan Muslim)
Al-Nawawi berkata:
“al-Istihdad ialah halq al-anah (cukur bulu ari-ari). Dinamakan al-istihdad kerana caranya dengan menggunakan al-hadid (asal maksud besi; dikehendaki di sini ialah pisau cukur).
Perbuatan ini adalah sunnah, dan maqasid atau tujuannya adalah untuk kebersihan manusia itu sendiri. Ini dapat difahami dari segi logic akal fikiran manusia. Sudah semestinya Islam amat menitik beratkan kebersihan. Ini disokong oleh banyak dalil-dalil umum yang lain seperti hadis Muslim (Bersuci itu separuh daripada iman) dan begitu juga ayat-ayat pujian tentang orang yang suka kepada kebersihan

Bibir faraj hitam

Soalan
Saya baru berusia 23 tahun dan masih belum berkahwin. Saya berkulit cerah dan putih,
Saya dah banyak pakai produk-produk untuk memutihkan bahagian bibir faraj,
Tapi satu pun tidak memberi hasil. Dan lagi satu, saya ada masalah bibir faraj yang panjang. Adakah itu satu yang normal ?
Dyla Zalia
Kuala Lumpur
Jawapan
Bibir faraj hitam sebenarnya adalah normal..walaupun warna kulit kita putih mungkin faktor genetik. Cik dylia tak perlu risau itu normal dan bibir faraj panjang juga adalah normal dan tak sama antara individu.
Berikut petua untuk mencerahkan bibir faraj yang hitam dan lebam.
Bibir faraj yang hitam dan lebam dapat dipulihkan semula dengan mencuci faraj dengan air kelapa muda yang baru. Lakukan sekerap yang mahu.