19 Bulan ❦


You and me together nothing is better - Adele 

12 Julai harini. Genap 1tahun 7bulan harini. Kami bersama harini. Kami ada harini. Tapi, cinta bukan cuma harini. Cinta itu setiap hari, setiap minit, saat. 

Kadang-kadang dugaan datang tanpa kita duga. Kadang-kadang tiada kejujuran menjadi punca perbalahan antara kita. Kadang-kadang tidak menghargai menjadi penyebab kita lupa. Kadang-kadang simpan perasaan menjadi dendam. Kadang-kadang amarah lebih menguasai kita. Kadang-kadang kekerasaan hati menjadi keegoaan diri. Kadang-kadang kehilangan sesuatu buat kita mencari, sedar, tetapi bila ia hadir? Kita abaikannya. 

Kita pandang rendah padanya. Sukar untuk mendapat cinta. Sekarang ia ada, hargailah ia. Tidak akan mungkin, orang yang selepas kita cinta akan mencintai kita sebagaimana sekarang yang ada. Aku cepat leka tapi aku mampu buat semua. Siapa kata? Dia kata. Aku mampu semua.

Aku sedar hari ini. Harap selamanya. Cinta dia pada aku bukan cinta yang boleh dijual beli yang boleh diganti bahagi sebagaimana cinta yang aku peroleh sebelumnya. Ups! Bukan cinta, tapi hanya mainan dunia cinta. Kini aku dah perolehinya. Segala nasihatnya, tegurannya, pengorbanannya, .. Aku cinta dia :'(

Aku cinta kau sayang. Me cinta ayang. Me dah boleh fikir.. Tapi mungkin ada betul kata ayang, "sekejap je syhra"..

Me minta maaf ayang. Me mengaku me salah. Me abaikan ayang. Maafkan me. Boleh tak, me nak jadi jururawat untuk ayang? Nak jaga ayang nak ayang sihat.

Cinta tak buta, tapi aku yang buta. Itu kenyataannya. Saya cinta awak...

Esok 13 Julai, ulangtahun ayahanda kekasih, Encik HJ Yazid Bin Jaafar, semoga panjang umur dan terus diberkati dan dirahmatinNya dan sejahtera. Amin. Juga buat ibunda dan kedua orang tua ku. Semoga panjang umur kita. Amin. Juga buat NurulSyahira Binti Mohd Hassim, 11 Julai, 16 tahun sudah. Alhamdulillah.