Setahun sudah Dia bersama Ibu ayah..

USAI sudah 5 janjiku kepadaNya.. Usai juga mengalunkan ayat indahNya. Syukur Alhamdulillah.
Dengan keadaan rumah yang berbahang atau mungkin badan aku yang bahang, aku teruskan coretan. Bertemankan ayah yang sedang enak menjamu roti sardinnya dan ibu enak menghirup abcnya yang dibelikan oleh Hubbynya. Juga sambil menonton tv3 rancangan 999. Terasa ingin kentut sebentar! Eh? Hahaha my sayang tahu pasal ni. Eh? XD Teruskan menaip...

Hello 13 Jun.. Oh, Hai 14 Jun. Hmm how to start the story? Okay. Just let it go syhra. Let them know. Uh? Anyone reading this? Hai am Shahira, me w my lover sudah 1tahun 6bulan. Alhamdulillah. Oh hubungan yang masih belum patut untuk dibanggakan kerana masih diuji dan terus diuji. Syukur masih ada. Kami menyakiti sesama sendiri. Kami menyangi sesama diri. Kami mencintai sesama hati. Selamanya. InsyaAllah

It was like oh sangat stranger! Pelik sangat sangat keadaan yang terjadi masa tu. Ya Allah! Adakah ini yang ditetapkan olehMu Ya Allah.. Adakah Kau mengizinkan kami untuk membina masjid dirumahMu setelah aku selesai SPM yang akan mendatang ini untukku pada tahu hadapan, 2012 Ya Allah! Subhanallah walhamdulillah walaa ilaahaailallah wallahuakbar! 

Memang diakui, Najib dah lama tak tinggalkan pesanannya memperingatkan aku agar mengaji. Dari aku selesai maghrib, hinggalah aku selesai isyak, dia seakan mendesak! Anehnya saat itu, aku langsung tak boleh terima pesanan yang diberikan Najib. Sehinggalah.. Hati aku mula sejuk dalam jam 9:28 pm.., aku melangkah masuk ke bilik air dan teruskan niat untuk mengambil wuduk. Setelah paip dibuka, sesuatu terlintas di fikiran. Subhanallah!!!

Harini 13 Jun, Najib datang jumpa dengan ibu ayah dalam jam 9 lebih juga Najib datang rumah, bermakna sudah genap 1 tahun Ibu dan ayah mengenali lelaki yang bernama Mohamad Najib.. Alhamdulillah :)

Setelah wudhuk selesai, aku melangkah masuk ke bilik dengan niat ingin membuat panggilan bersama Najib untuk menceritakan hal ini kepadanya selepas memakai telekung. Tetapi... airmata yang jatuh menitis tis tis... Mana tidaknya! Suara najib tu, memanglah dia tak marah tapi keras sangat! Takut dibuatnyaa. Yee Najib tak boleh lagi berlembut dengan Syhra sebab Syhra takkan gunakan kelembutan yang dia beri sebaiknya..

Setelah tamat panggilan, aku mengambil Al-Quran aku yang tinggal hanya lagi 1 juzuk untuk khatam, dan dengan niat, aku ingin khatamnya malam 13 Jun juga bersamaan 23 Rejab 1433H, dengan perasaan sayu dan khusuk membaca, serta merta airmata aku turut jua menitis. Damainyaaa lagi tenang menghayatinya, syukur Alhamdulillah.. dalam jam 10:30pm siap juga membaca doa khatam Quran, aku telah khatam buat kali ke-empat. Alhamdulillah...... Terus juga memaklumkan pada ibu agar membuatkan bubur merah putih, insyaAllah esok adaa..

Itu cerita malam 13 Jun, 14 Jun pula? Apa cerita? Aku tidak menyukainya. Cerita yang penuh dengan drama.

Apa yang aneh dengan diri aku sebenarnya yang aku sendiri tak sedar akan khilaf diriku. Apa mungkin dengan alasan kita berjauhan? Wallahualam. Biar aku dan kau sahaja yang tahu ye sayang.. 

Ini cerita sedih. Kenapa mesti adik aku yang jadi mangsa? Peliharalah adik aku Ya Rahman! Mungkin aku penat. Penat dengan fizikal aku, mental aku, hari 14 Jun menguji aku. Dari jam pagi setelah subuh lagi. Aku redha. Ini yang telah berlaku, masa tidak boleh di putarkan lagi. Itu kenyataan hidup.

Selepas aku pulang ke rumah, dalam jam 1 lebih atau 2 mungkin, ibu bersuara, "Syahrul balik kak." Dengan kuatnya aku gagahkan lutut. Bertanyakan Syahrul. Kesian pada dia. Dia balik sebab kena pukol dengan kawan dia, aku tambahkan lagi sakit dia. Aku tak mampu mengawal amarahku yang meledak mungkin juga bercampur baur dengan masalah aku sendiri.

Kesiankan dia. Betubi-tubi aku hentam Syahrul, habis merah menggigil tangan aku walaupun masih bergenggam dengan wajah yang bengis. Itulah aku yang engkau tak tahu sayang. Selepas memerintahkan Syahrul agar membersihkan diri dan menunaikan solat zohor, selang 30 minit mungkin, aku terdengar akan perbualan ibu dengan Syahrul " ni panadol ni makan. Akak kau tu kalau dah naik angin memang tak ingat dunia.." Respon aku? Hati aku berdesir sendiri.. "Kesian Syahrul. Sampai demam dia :(" Aku melangkah keluar dan bertanyakan Syahrul, apakah dia sudah makan atau belum.. Akak minta maaf Syahrul :(

Akak banyak kali pukol kau kan. Dah puas aku hempuk mesti akan wujud rasa kesal setelah tenang. Itulah aku.

Tapi syukurlah, Syahrul ni kuat orangnya. Alaa kene pukol dengan perempuan apa rasa ark ;) 

Pada jam 10 malam ini juga, ingin aku memohon maaf kepada kekasih aku. Aku sayang awak!!! Aku cintakan awak!!!!
Dengan hanya kemaafan, itu juga akan mampu mengubati hati kita. Walaupun ia terlalu amat perit! Maafkanlah sayang. Setiap manusia setiap pasangan pasti akan melakukan kesilapan. PASTI! Sukar terlalu amat untuk kita mencipta kebahagiaan tetapi terlalu mudah amat untuk kita ciptakan kenangan yang sukar walaupun kecil yang amat!

Satu perkara yang boleh membuat kita bahagia adalah kasih sayang dan satu perkara yang boleh membuat kita matang adalah masalah... 


Wajah selesai solat zohor sebelum memukul memarahi Muhammad Syahrul Asrie..

Tanpa senyuman, tanpa dia pada sebelah siang, hanya sendiri.
Sayang, baik-baik kerja. Me minta maaf. Takde niat. Me sayang ayang...
Me cinta ayangg me nak kite ayangg :(