Coretan terakhir.

Hanya ingin mengisi ruang putih yang ada dengan tulisan yang berwarna hitam. Sama macam hidup aku yang hitam kini. Sedih. Sangat sedih. Salah sendiri. Pasrah? Mungkin. Redha. Juga mungkin? Kenapa sekarang? Cool Shahira. Ini semua permulaan. Buang yang buruk dekat kau tu Shahira. Kalau macam ini lah engkau? Memang takkan ada yang baik untuk engkau! Muhasabah sendiri. Cri kekuatan sendiri. Apa guna ia? Haa. Kosong. Hei tolong. Jangan luahkan ia. Izinkanlah aku bersamanya sampai samudera mengering. Shahira! Cukuplah. Pun tak teringin dah dia. Engkau tu bukan mutiara. Kau tu cuma pasir tepi jalan yang orang pijak ludah yang anjing kucing berak kencing. Apa malang dengan diri kau ni Shahira? Shahira. Sabar. Ini semua permulaan. Allah tunjuk awal-awal. Belum terlambat. Mungkin harini kau tak bahagia, tapi esok lusa? Mungkun harini kau terseksa, tapi esok lusa? Mungkin harini kau sakit, tapi esok lusa? Mungkin harini kau kuat, tapi esok lusa? Mungkin harini kau gagal, tapi esok lusa? Tetapi. Cuma satu.

Sejarah yang hitam takkan pernah berubah menjadi putih. Tetapi sejarah yang putih jika digilap, mungkin akan kebih menyinar. Sejarah yang hitam akan tetap hitam dan sejarah yang putih akan tetap putih. 

Macam mana dengan warna lain? Itu hanyalah hiasan warna yang mengindahkan. Tapi hidup kita cuma 2, yang hitam dan yang putih. Yang hidup dan yang mati. Yang sakit dan yang sihat. Yang gagal dan yang berjaya. Yang bahagia dan yang terseksa. Yang tamak dan yang bersederhana dan semuanya.

Ada yang bahagia tapi tak bahagia. Ada yang derita tetapi dia bahagia.

Berubah Shahira. Jangan cakap kosong. Orang tak suka. Orang akan tunggu bukti kata-kata kau ni. Tabahlah Shahira. Kau sorang? Takpe. DIA sentiasa ada. Allah!

22/6/, 2 Syaaban 14 - 29 hari lagi Ramadhan, genap umur kau 16 tahun. Come Shahira. 
Salam  Jumaat.  Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh