Sekadar apa yang terlintas

Keperitan yang aku rasa hari ini. Ku simpan sendiri. Sendiri! Tiada siapa yang akan pernah mengerti. Kehidupan berpasangan adalah untuk saling lengkap melengkapi. Ciinta itu indah sebenarnya. Sebenarnya! Bukan dunia yang bersifat tak adil. Tapi diri sendiri. Bukan  diri sendiri yang bersifat tak adil,  tapi perasaan dan hati. Kenapa perlu bermain dengan emosi. Mengapa? Sememangnya itulah fitrah manusia. Tiada siapa akan pernah mengerti. Sekali lagi. Tiada siapa akan pernah mengerti. Meski pun seseorang itu mengerti, tidaklah lengkap segala pengertiannya. Setiap seorang akan ada segala kesilapan. Mahupun besar atau kecil, sedikit atau banyak, tebal ataupun nipis, ia tetap! Sekali lagi, tetap! Sebuah kesilapan. Kesilapan seolah nasi dah menjadi bubur. Sebuah kesilapan kerana daif dan khilafnya diri, kerana mengikutkan bisikan yang kita sendiri tak perasankan ia. Hm tetapi mengapa mesti. Ya, dalam hidup aku suka mengeluh sendiri. Aku akan mengeluh,. Aku akan berputus asa. Tetapi untuk menjadi  seorang yang berjaya, kita harus bersemangat dan jangan pernah berputus asa.Tetapi. . .

Apa mungkin aku akan berjaya? Dengan kesilapan yang pernah aku lakukan, dengan kesilapan yang sudah aku lakukan dan keesokannya ialah kesilapan yang akan aku lakukan dan kesilapan yang bakal aku lakukan. Aku tak berdaya. Lengkapilah dirimu bersama diriku, bukan melengkapkan aku tanpa dirimu. Aku inginkan belaian, bukan tohmahan. Aku inginkan kata semangat, bukannya hinaan, caci makian. Aku inginkan kelembutan bukan kekerasan. Tolong. Belailah aku bagaikan samudera yang takkan pernah berbaki. Akan kemana pergi semangatku jika diperlakukan begitu? Sayangi aku! Mohon padamu. Akan disayangikah dirimu Shahiraaaaaaaaaaaa. Aku merintih sendirian. Kenapa mesti aku melakukan kesilapan. Mengapa? Kerana, diri sendiri! Diri sendiri yang tak dapat mengawalnya. Satu persoalan, antara ego dan perasaan, mana lebih penting? Jika ego lebih penting, ego ibarat riak! Riak adalah takbur! Dan takbur adalah sombong! Jangan pernah sekali kau menjadi seorang yang sombong Shahira. Meskipun dia memusuhi,  berbaiklah terhadapnya, kerana "Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sifat sombong sebesar biji sawi. Dan tidak akan masuk neraka orang yang dalam hatinya beriman sebesar biji sawi".  Dan jika perasaan lebih penting, ianya lebih mulia, kerana menjaga hati perasaan orang lain,  ibarat rela  difitnah asal dapat menutup aib seseorang. Rela dihukum  kerana fitnah / tuduhan asal si pesalah selamat. Mulianya seseorang itu kan. Kerana diakhirat akan ada ganjaran untuk orang-orang yang demikian.

Tetapi..

Apakah aku mampu mementingkan perasaan dari keegoan?