Boleh ke kecewa?

Wallahualam. Sememangnya, aku sedikit terkilan. Cinta dia, layanan dia, tak semanis sehebad dulu lagi.
Sepanjang 3bulan 11hari kita kembali menjalinkan hubungan ni, aku ingat, kita mampu bahagia sebab aku ingin tebus kesalahan aku pada kau 11bulan yang lepas. Tapi ... amatlah ketara .
Ada sesetengah manusia bersuara kepada aku, "kau akan bahagia ke syhra", "kau betul ke nak menikah dengan dia", wallahualam ...

Perasaan dia, aku tak mampu memahami, tetapi dia mampu memahami perasaan aku. Mampukah? Hati perasaan seorang perempuan lagi mendalam. Aku sakit! Aku sakit! Aku sakit! Aku simpan .. Aku ikhtiar, aku tawakal. Allahuakhbar :'( Jika dia yang terbaik untukku, agamaku, dan segala urusanku, maka permudahkanlah dia ... Tetapi jika dia bukan yang terbaik untukkku, pada agamaku, dan segala urusanku, maka jauhilah dia dariku :'(

Patut ke aku macam ni? Waraskah aku saat ini? Wallahualam. Kau mampu tinggalkan aku, biarkan aku, berkesat, berkasar pada aku, tetapi mengapa aku tidak mampu sedemikian? Apa sebenarnya watak yang sedang kita mainkan di dalam lakonan duniawi ini?

Dunia dah nak kiamat, bila kita dapat bertaubat? Balik ke pangkal jalan? Mencintai kerana Allah. Bagaimana ..? Kita manusia yang paling kerdil, tetapi angkuh sombong, tidak takut akan azabnya. Nauzubillah! Mengapa aku dilahirkan? Mengapa aku di beri nyawa? Mengapa aku dibesarkan & di sekolahkan? MENGAPA?