Selesai menunaikan 5waktu? Adakah sempurna ia? Wallahualam. Aku melakukannya kerana aku telah berjanji untuk taat & beriman kepadaMu sekuat mampuku.
Tak lupa jugak, 23012012, Selamat Tahun Baru Cina.. Wahh dentam dentumm haa muka bumi ni. Humm apa nak cerita malam ni?
Entah eahh harini hari apa? Hari isnin Shahira. Lahh baru 3 hari menetap di rumah ni. Bila nak sekolah, nak belajar Sejarah, belajar Tassawur, belajar Pendidikan Islam, belajar Sastera, belajar Matematik, belajar Sains, belajar BMelayu, belajar BInggeris .. Wahh aku kredit semua nii!! Yakin! AMINNNNN ..
Kita hanya mampu berkata-2, melunakkan setiap bait-2 cinta, mentuturkan janji setia, hakikatnya? Hidup bertalam dua muka. Bermakian sesama sendiri, tapi hakikatnya? Ya Allah.
Dalam diam, dalam renungan,sejenak aku berfikir, di manakah tempat aku di Akhirat nanti?
Layak kea aku untuk berbual tentang ini? Sedangkan sejak aku baligh, berape banyak dosa yang telah aku lakukan melalui mata? Berapa banyak dosa aku melalui telinga? Berapa banyak dosa aku melalui lidah? Pergerakan anggota tubuh badan aku? Astaghfirullahhal azimmm ..
Perlu ke nak mengadu dalam blog ini? Allahh .. pernah terpikir tak semua ni bodoh? Yeyeyeyeyyyeeee je merayu meraih berdoa dalam blog, facebook, twitter, sedangkan kita ada belajar adab untuk berdoa kan. Ada dalam kitab agama, suruh kita berdoa dalam facebook semua? Hahhahaha kadang-2 rasa kelakar ")
Haihh Shahira. Bawak mengucap. Balik ke pangkal jalan. Terkadang aku semakin rasa, dunia akan hancur semakin dekat, tapi orang sekeliling? Tak pernah sedar. Aicehh! Aku pun sama jugak Shahira, jangan nak mengata orang ..
Aku tak ikhlas lagi untuk menaip. Salam.
Maafkan salah silap aku, semoga kita mampu menjadi saudara di Akhirat nanti.