Pertama : Ada perempuan memakai tudung nipis yang hanya diletakan di kepala. Kita boleh lihat sendiri pakai tudung cara ini menampakkan rambut dan perhiasan -hiasan lainnya.
Memakai tudung cara begini, tidak boleh kita anggap boleh menutup aurat. Pakai tudung cara macam ini hanya sekadar semacam satu fesyen sahaja.
Kedua : Ada perempuan paka tudung hanya dengan meletakkannya di kepala dan disematkan dengan pin supaya kain tudung itu tidak terbuka dan di tiup angin.
Pakai tudung cara begini tidak boleh dianggap menutup aurat,kerana yang memakainya mengenakan pakaian seluar jean yang ketat, T-shirt yang berlengan pendek dan nampak ketiak.
Ada diantaranyabpula memakai T-shirt yang sangat pendek dan terus mempamerkan pusat dan perutnya. Cuma yang tutup hanya kepala termasuk rambut dan hujung tudung itu dililitkan ke leher.
Apakah jenis begini, dan berpakaian jenis ini boleh dianggapmenutup aurat?
Ketiga : Ada perempuan yang pakai tudung labuh. Tudung jenis ini bukan sahaja menutup aurat kepalanya , malah tudung itu labuh hingga menutup perhiasan dadanya.
Biasanya, perempuan-2 yang memakai tudung macam ini, dia akan memakai baju kurung dan jubah. Inilah sebenarnya yang disebutkan dalam al-Quran dan hadi Nabi sawwanita yang menutup aurat.
Surah Al-Ahzab ayat 59 Allah swt telah berfirman yang mafhumnya :
"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-permpuan kaum mukminin semuanya, agar melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka, kerana itu mereka tidak di ganggu."
Yang menjadi soal pokok bagi kita ialah apa yang dikehendaki oleh al-Quran ialah satu jenis pakaian yang menunjukkan iman kepada Tuhan. pakaian yang menunjukkan kesopanan, bukan yang memperagakan badan jadi tontonan lelaki.
Alangkah baiknya kalau yang menjadi ahli model itu orang yang beriman kepada Tuhan, bukan yang beriman kepada wang kepada daya tarik syahwat nafsu itu.