Mayat berkepala babi di zaman nabi SAW

ALKISAH ketika Rasulullah saw sedang duduk-2 bersama sahabat-sahabatnya di serambi masjid, tiba-2 datang seorang pemuda  Arab berdiri di depan pintu masjid meratap sambil menangis. Rasullullah saw kemudian menghampirinya dan menegurnya.

"Hai anak pmuda, mengapa enkau menangis seperti itu."
"Ya Rasullullah saw, ayah kami baru saja meninggal dunia."
"Lantas!"
"Akan tetapi tak seorang ppun yang mahu memandikan dan mengkafankannya."

Lalu Nabi saw mengutus Abu Bakar dan Umar bin Khattab untuk melihat mayat orang tua pemuda tersebut. Namun alangkah terkkejutnya mereka ketika di rumah pemuda tersebut. Keduanya melihat dengan jelas bahawa mayat itu kepalanya seperti babi hutan yang hitam legam. Kedua-duanya kembali mengadap Rasulullah saw danmelaporkan kejadian aneh itu.

Mendengar berita tersebut, Rasullullah saw segera berangkat ke tempat mayat itu. Setelah menyaksikan sendiri, ternyata mayat itu benar-2 berwajah babi hutan. Lantas Rasullullah saw berdoa kepada Allah swt, kemudian wajah mayat itu berubah dan kembali seperti manusia biasa, sehingga para penziarah yang sudah lama berkumpul di tempat itu , bersedia memandikan, mengkafankan. menyembahyangkan jenazah tersebut.

Ketika semuanya sudah selesai, mayat itu segera diangkat dan di bawa ke kawasan perkuburan. Namun tatkala mayat itu diturunkan kejadian aneh berlaku lagi. Betapa terkejutnya mereka tatkla kain kafan bahagian kepala dibuka, ternyata wajah mayat itu berubah seperti babi hutan yang hitam legam lagi.

"Wahai ank muda, sebenarnya amal perbuatn apa yang di pernah dilakukan oleh ayahmu semasa hidupnya?" Rasullullah saw segera menanyakan kepada anak si mayat.
"Ya Rasullullah, ayah saya adalah orang yang meninggalkan solat."

Mendengar keterangan sedemikian , Rasullullah saw segera memberi peringatan kepada semua yang hadir seraya berseru: "Wahai sahabat-sahabatku! Saksikanlah olehmu sekalian bahawa orang yang meninggalkan  solak, kelak pada hari kiamat oleh Allah akan dibangkitkan dengan wajah menyerupai babi hutan yang hitam legam. Kerana itulah, mari kita selalu berlindung kepada Allah swt, mudah-mudahan kita semua dijauhkan dari perkara sedemikian."