Petua 1
Setiap kali selepas dolat subuh bacalah surah Yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wakah akan kelihatan muda daripada umur sebenar.
Petua 2
Sentiasa senyum. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikan 'kata kunci', "Allahumma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii' ( Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindahkan kejadianku, maka perindahpulak akhlakku).
Petua 3
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat nabi di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka serta niat dalam hati supaya cntikkan wajah seperti nabi Yusuf.
Petua 4
Ini petua zaman dahulu iaitu: Berhenti makan sebelum kenyang; makanlah ulam-ulaman sebagai sebahagian daripada lauk-pauk (diet); terus meminum air masak apabila bangun pagi; bangun sembahyang subuh, air wuduk yang kena di muka amat baik; selalu memberi senyuman.
Petua 5
Ini petua lama yang diamalkan oleh ibu atau nenek kita, namun tidak ramai yang tahu untuk dijadikan satu amalan. Meminum air suam setiap pagi sebaik sahaja bangun dari tidur adalah amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah. letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke dahi. Berselawat 3 kali, kemudian minum air suam ini sebelum mengambil sebarang sarapan. Amalan ini berkesan dan ramai 'wanita cantik' yang mengamalkannya tetapi mereka merahsiakannya.