Petua 1
Cuci muka dengan air basuhan beras. Gunakan air basuhan yang kedua kerana air basuhan kali pertama agak gatal. Lakukan setiap hari, sehari sekali. Kulit muka bukan sahaja bersih berseri, malahan akan menjadi bertambah cerah.
Petua 2
Setiap kali nasi yang dimasak hampir kering, ambil 2 sudu makan air nasi yang pekat tersebut. Lumurkan pada seluruh wajah dan leher ketika masih suam. Biarkan sehingga kering, kemudian barulah dibilas.