Kulit muka berminyak

Petua 1
Bedak sejuk dan limau nipis digaulkan dengan air dan sapukan ke seluruh muka sebelum tidur.

Petua 2
Kulit muka berminyak menyebabkan jerawat.Kulit yang terdedah dengan bahan kimia tertentu merangsang munculnya jerawat. Untuk mencegahnya, kurangkan makanan berminyak, minum air dengan banyak setiap hari, sentiasa mencuci muka terutamanya selepas di luar, setidak-tidaknya, lapkan muka dan leher dengan kain atau tisu lembap. Jika gunakan losyen muka, pastikan ianya bukan dari jenis berminyak tapi berasaskn air. Elakkan losyen yang mengandungi 'mineral oil'. Pastikan membersihkan solekan sertiap hari dengan make-up remover yang bersesuaian.