Petua 1
Ingin elakkan perut menjadi buncit? Jangan makan buah selepas makan nasi kerana air buah itu akan membuncitkan perut, makanlah buah-buahan sebelum makan nasi.
Petua 2
Makan nasi jangan disulami dengan air! Minum air setelah selesai makan. Sebaik-baiknya, minum air setelah setengah jam atau satu jam kemuadiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.
Petua 3
Ambil sedikit bedak sejuk dan campur dengan sedikit kapur sireh dan air perahan limau nipis. Gaulkan semua bahan tadi dan dilumurkan pada perut. Biarkan ia kering seketika kemudian ikat perut dengan sehelai kain. Lakukan sebelum anda tidur malam . Awa, kapur sireh yang berlebihan akan membuat perut berasa panas.