Elak jerawat

Jerawat usah dipicit kerana ia meninggalkan bekas atau parut yang kurang antik pada wajah. Ada beberapa petua untuk menghindari jerawat.


Petua 1
Tumbuk sedikit kunyit hidup yang dicampur dengan sedikit asam jawa dan air. Campuran disapu ke seluruh muka dan biarkan ia pada muka selama 20 minit sebelum dibersihkan dengan air. Jika diamalkan selalu, ia menyukarkan jerawat tumbuh dan membantu menjadikan kulit muka tampil lebih halus.

Petua 2
Air basuhan beras juga membantu menghindari jerawat. Selepas membasuh muka dengan air basuhan itu, biarkan ia kering terlebih dulu sebelum membilasnya dengan air biasa.

Petua 3
Air kelapa membantu menghilangkan jerawat. Gunakan air kelapa tua dan airnya diambil untuk membasuh muka.  Biarkan ia kering sebelum dibilas. Cara ini boleh diamalkan tiga kali seminggu.