Hari semakin menghampiri senja. Waktu asar juga telah tiba.
Apakah yang dilakukan setiap khalifah saat ini?
Bangunlah ketika mendengarkan azan.
Diamlah dari berbicara. Cuma sementara, kerana menghormati panggilanNya.
Untuk apa menanti? Untuk apa merindui?
Itu yang dirasai. Aku harus hargai.
YA! Aku merindui.
Siapakah? Siapakah? Siapakah?
Dirimu, insan yang sering mengingati aku, mengajarku, menegurku
hanya semata-mata untuk menjadikan aku
Nor Shahira yang punya sifat-sifat yang mulia dalam diri.